suria

Justo Mungkin Terlibat Aktiviti Ubah Wang Haram - Polis Thailand

BANGKOK: Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo, yang mengaku memeras ugut bekas majikan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), mungkin terbabit dalam pengubahan wang haram apabila dia menjual salinan dokumen sulit kepada sebuah kumpulan media, menurut polis Thailand.

Kaedah pembayaran dalam pembelian maklumat itu merupakan kaedah pengubahan wang haram kerana pembayaran berlaku di sebuah pulau di mana mereka berpura-pura membeli sebuah syarikat dan menggunakan baki wang daripada (kononnya) pembelian syarikat untuk membayar Justo, kata jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol Lt Gen Prawut Thavornsiri.

"Kami mempunyai bukti daripada rundingan mengenai di mana untuk membayar wang itu. Semuanya berlaku di Singapura," katanya kepada pemberita di sini,Khamis.

Isu ini adalah tentang menjejaskan kerajaan sebuah negara, katanya tanpa menamakan mana-mana negara tetapi dipercayai Malaysia.

Katanya polis Thailand juga mendapati maklumat itu digunakan oleh sebuah kumpulan untuk menyebabkan 'kerosakan' di negara jiran dan kumpulan ini dikaitkan dengan media besar negara jiran dan turut dikaitkan dengan bekas tokoh politik di negara jiran.

"Mereka berkomunikasi (sesama mereka) menerusi e-mel, WhatsApp. Kami mempunyai semua dokumen...setiap perbualan," katanya.

Beliau turut membangkitkan kemungkinan kumpulan ini yang membeli salinan dokumen asal kemudian telah mengubahsuainya berikutan wujud perbezaan maklumatberbanding maklumat asal dalam e-mel yang dicuri oleh Justo.

Katanya Justo telah membuat pengakuan dan ini telah banyak membantu siasatan kes dan dia juga membantu kami menjalinkan hubungan dengan orang lain yang diahubungi berdasarkan maklumat seperti tarikh dan masa temu janji dan lokasi pertemuan.

"Apabila kami meneliti dengan apa yang dia sebut, kami dapati ia adalah betul. Misalnya, temu janji di hotel, tarikh ketibaan dan pelepasan individuyang menyertai kumpulan itu. Kami juga mendapat maklumat perjalanan di Thailand dan negara-negara asing," katanya.

Menurutnya polis Thailand mendapat semua maklumat daripada Justo untuk membolehkan mereka melakukan siasatan dengan lebih lanjut.

Sementara itu, Ketua polis Thailand, Pol Gen Somyot Pumpanmuang berkata kes itu melibatkan pelbagai bidang kuasa kerana walaupun kesalahan berlaku di Thailand, perniagaan syarikat ini (PetroSaudi) melibatkan banyak negara.

"Ini adalah isu yang amat sensitif yang menjejaskan politik sebuah negara jiran, katanya, sambil menambah Justo menyalurkan maklumat kepada seseoranguntuk digunakan bagi menjejaskan keadaan politik di sebuah negara jiran.

Artikel Sebelum

Artikel Lain