Dr M Alu-Alukan Siasatan Terhadap Dakwaan Curi RM600 Juta - Semasa | mStar

Dr M Alu-Alukan Siasatan Terhadap Dakwaan Curi RM600 Juta

Tun Dr Mahathir Mohamad
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan prospek siasatan terhadap dakwaan wang RM600 juta telah dicuri dalam tahun 80-an.

Bekas Perdana Menteri itu menulis dalam blognya pada Khamis bahawa pihak berkuasa dialu-alukan untuk menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim itu.

"Keperluannya adalah untuk menentukan sama ada wang itu masuk ke dalam akaun saya di bank, atau jika wang itu telah hilang disebabkan keputusan oleh London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli.

"Jika terdapat bukti bahawa wang itu masuk ke dalam akaun saya, sila dakwa dan tangkap saya. Masih belum terlewat," kata Dr Mahathir.

Beliau juga berkata tawaran untuk dirinya disiasat tidak bertujuan untuk memesongkan perhatian semasa siasatan terhadap dakwaan wang yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir berkata beliau telah menyokong Najib semasa pilihan raya umum ke-13, walaupun beliau tidak mendengar nasihatnya mengenai beberapa isu.

"Saya tidak meminta dia meletak jawatan sehinggalah skandal 1MDB itu. Beliau tidak menjawab tuduhan yang dibuat terhadapnya," katanya.

1MDB , Tun Dr Mahathir Mohamad

Artikel Sebelum

Najib Lawat Wee Di Hospital

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM