suria

Editor Sarawak Report Sangkal Dakwaan Lester

Clare Rewcastle Brown
PETALING JAYA: Bekas editor akhbar, Lester Melyani hanya bekerja untuk Radio Free Sarawak sehingga pertengahan 2011 dan tidak pernah berkerja dengan Sarawak Report, menurut Clare Rewcastle Brown.

"Dia dalam tempoh singkat datang ke London selepas menulis bertanyakan kepada saya jika dia boleh menyertai kumpulan Radio Free Sarawak. Sebelum itu dia adalah bekas editor Sarawak Tribune yang dipecat kerana menyiarkan kartun berkaitan Allah, jadi saya menganggap dia mempunyai kemahiran. Bagaimanapun, dia tidak begitu aktif dan saya terpaksa menggugurkannya daripada kumpulan radio pada pertengahan 2011," kata pengasas Sarawak Report.

Dalam jawapan balas e-mel kepada The Star, Brown berkata Lester tidak pernah bekerja untuk Sarawak Report dan menafikan dakwaan Lester bahawa dia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang rakan Latinnya dan dirinya sendiri telah bertemu di London selepas pilihan raya Sarawak.

"Lester tidak pernah bertemu dengan Anwar di London bersama saya. Saya hanya bertemu Anwar ketika lawatan rasminya ke London dan Anwar sentiasa ditemani oleh isterinya," kata Brown.

Tambahnya, Lester tidak dibayar oleh Bruno Manser Fund, menyangkal dakwaan bahawa dia telah digaji oleh mereka pada 2011, tetapi berkata beliau telah membayar Lester secara tunai selama 15 bulan dari 2012 hingga 2013.

"Dia telah dibayar kos perbelanjaan hidup oleh penderma berasingan melalui saya, dan berkongsi hidup dengan seorang kawan saya untuk menjimatkan wang. Dia tidak diupah lebih dari kira-kira lima bulan dan ia telah ditamatkan selepas pilihan raya Sarawak, apabila rekod menunjukkan stesen radio tidak bersiaran untuk beberapa bulan," kata Brown.

Tambahnya, Lester bekerja untuk Radio Kenyalang Sng Chee Hwa ketika pilihan raya negeri 2013.

Apabila ditanya mengenai dakwaan dokumen palsu dan 'perancangan terhadap 1MDB', Brown menafikannya dengan mengatakan bahawa Lester telah menjadikannya kedengaran seperti filem Star Trek.

"Saya tidak menonton video itu, tetapi menurut laporan dia telah mengheret semua orang dan menarik mereka ke dalam satu plot yang fantastik tanpa secebis kebenaran atau bukti untuk menyokong semuanya," kata Brown.

Brown berkata, beliau berhati-hati dengan laporannya dan memastikan bahawa beliau mempunyai bukti untuk menyokong fakta-faktanya.

Artikel Lain