suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Lima Lelaki, Rampas Dadah RM20 Juta

KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan lelaki termasuk lima warga asing serta merampas pelbagai dadah dianggarkan bernilai RM20 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada Isnin dan Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua lelaki berusia antara 26 dan 41 tahun itu disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) menahan seorang lelaki tempatan di kawasan Kampung Baru pada Isnin lepas.

"Hasil soal siasat terhadap suspek menjurus kepada serbuan di sebuah rumah kedai di Pandan Indah dan penahanan enam lelaki - seorang warga tempatan dan  lima warga asing - yang sedang memproses dadah.

"Di premis itu, polis merampas dadah disyaki pil erimin 5 seberat 206.5 kg yang dibungkus di dalam kotak selain kokain seberat 1.8 kg yang dijumpai di dalam stor," katanya dalam sidang media di sini, Rabu.

"Pada masa sama, polis turut merampas sejumlah peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah," kata Mohd Mokhtar.

Dalam serbuan itu, polis turut menyita tiga kenderaan iaitu Honda Civic 2.0, Nissan Cefiro dan motosikal Honda CBR600, semuanya dianggarkan bernilai RM176,000, dan pelbagai mata wang bernilai RM62,940.

Susulan serbuan pertama, polis menahan seorang lagi warga tempatan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Selasa.

"Kesemua lelaki itu direman tujuh hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut," kata Mohd Mokhtar.

"Kejayaan ini hasil kerjasama orang awam dan perkongsian maklumat bersama Investigation Bureau, Ministry of Justice Taiwan," katanya.

Polis, Dadah, Ampang

Artikel Lain