suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPDNKK Kerjasama Dengan Pengeluar Telefon Bimbit Banteras Barang Tiruan

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama dengan syarikat pengeluar telefon bimbit bagi membanteras kegiatan penjualan produk tiruan, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata ia juga bagi memastikan tindakan dikenakan terhadap peniaga yang menjual produk tiruan selepas pihak pengeluar mengesahkannya.

"KPDNKK perlu bekerjasama kerana ia tidak mempunyai kepakaran sedangkan pihak pengeluar mempunyai kepakaran dalam mengenal pasti sama ada telefon bimbit itu tulen atau tiruan," katanya selepas melawat Pasar Tani Khas Syawal di sini, Rabu.

Beliau berkata pengguna yang merasa mereka membeli produk tiruan, boleh membuat aduan di pejabat atau kaunter KPDNKK sebelum tindakan diambil.

KPDNKK, Low Yat

Artikel Berikut

Artikel Lain