suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seberang Perai Dilanda Ribut

GEORGE TOWN: Hujan lebat dan ribut selama beberapa jam yang melanda daerah Seberang Perai awal pagi Rabu menyebabkan pokok tumbang dan menghalang lalu lintas di beberapa kawasan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata hujan lebat sejak 4 pagi menyebabkan kejadian pokok tumbang di Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Sungai Bakap, Sungai Acheh dan Bandar Perda.

Namun tiada laporan pokok tumbang menghempap kenderaan, rumah atau orang awam namun beberapa batang jalan terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembersihan sebelum dibuka semula, katanya.

Perai, Ribut

Artikel Lain