suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencuri Kes Plaza Low Yat Dijangka Didakwa Hari Ini

Wakil media yang menunggu di luar Mahkamah Majistret pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun yang didakwa terlibat dalam insiden kecurian telefon pintar yang akhirnya membawa kepada pergaduhan di Low Yat Plaza dijangka akan didakwa ke mahkamah pada pagi Selasa.

Suspek yang ditahan reman sejak malam Sabtu lalu dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi tuduhan mencuri.

Dia adalah antara 19 orang ditahan.

Dakwaan dijangka akan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dua orang telah ditahan di Plaza Low Yat Plaza pada Sabtu lepas namun seorang daripadanya dibebaskan oleh seorang pegawai penyiasat.

Sabtu lepas, berlaku satu insiden pergaduhan di Plaza Low Yat yang didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Pengawal keselamatan bertindak menyerahkan lelaki itu kepada pihak polis, lanjutan daripada itu, lelaki terbabit menghubungi rakan-rakannya lalu bertindak memukul pekerja di situ dan memecah barang-barang di dalam kedai terbabit yang menyebabkan kerugian dianggarkan bernilai RM70,000.

Plaza Low Yat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain