suria

Dua Pelajar Lemas Ketika Mandi Di Air Terjun Kampar

IPOH: Dua pelajar lelaki ditemui mati lemas ketika sedang mandi di kawasan air terjun Batu Berangkai Kampar, kira-kira 40 kilometer dari sini Selasa.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mokhtar Sudin berkata mangsa yang meninggal dunia masing-masing berusia 16 tahun, dikenali sebagai Phang Jian Sean berasal dari Bandar Baru Kampar dan Cheong Teck San dari Kampung Baru Sungai Kroh, Kampar.

Beliau berkata kejadian kira-kira 4.45 petang itu berlaku apabila kedua-dua mangsa sedang mandi di kawasan air terjun itu dikatakan gagal berenang lalu tenggelam dan lemas.

"Orang awam yang melihat kejadian itu menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

"Kedua-dua mayat mangsa ditemui di dasar air terjun itu dan mayat mereka dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat," katanya.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menyifatkan sebagai kematian mengejut.

Kedua-dua mangsa adalah pelajar di sebuah sekolah menengah di Kampar, katanya.


lemas, air terjun, Kampar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain