suria

Laporan Awal Audit Tidak Temui Salah Laku Dalam 1MDB

KUALA LUMPUR: Laporan awal oleh Ketua Audit Negara yang menyiasat aktiviti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menemukan sebarang bukti salah laku, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Sehubungan itu, dakwaan tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak termasuk berkenaan 'kehilangan' RM42 bilion dan pemindahan US$700 juta kepada individu tertentu tidak berbangkit," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Selasa.

Ahmad Husni berkata yang menjadi tumpuan sekarang ialah pelan rasionalisasi dengan kerajaan komited untuk menyelesaikan isu berhubung hutang 1MDB.

Tujuan muktamad pelan rasionalisasi ini ialah mengimbangi semula aset dan hutang 1MDB bagi menyokong struktur kewangannya yang akan memastikan kemampanannya pada masa depan, kata beliau.

"Adalah menjadi harapan saya agar semua dakwaan tidak berasas ini dihentikan. Kita harus kekal bersabar dan menunggu laporan akhir oleh AG (Ketua Audit Negara) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)," kata Ahmad Husni.

1MDB, Audit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain