suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah Rasuah Polis

JOHOR BAHARU: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa atas pertuduhan memberi rasuah wang tunai RM2,950 kepada seorang anggota polis, awal tahun ini.

Lim Wee Kwang, 55, dituduh memberi suapan itu kepada Inspektor Mohd Mokhtar Mohd Nor sebagai dorongan untuk melepaskan dirinya daripada ditangkap kerana kesalahan memiliki dadah dan peluru hidup.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di alamat 52, Jalan Sepat, Taman Banang, dekat Batu Pahat, pada 7.45 malam, 14 Jan 2015.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa SPRM, Noor Fazlin Hamdan memohon mahkamah menetapkan wang jaminan RM10,000, namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan itu dikurangkan.

Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz membenarkan jaminan dikekalkan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula kes.

Rasuah, SPRM, Polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain