suria

Insiden Plaza Low Yat: KPN Minta Papagomo Serah Diri

Gambar asal di Facebook mengenai mangsa rompakan yang didakwa oleh pihak bertanggungjawab bahawa ia merupakan salah seorang remaja yang terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

KUALA LUMPUR: Polis terus memantau laman media sosial mengenai kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum susulan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, antara mereka yang disyaki menyebarkan laporan berniat jahat itu ialah penulis blog Papagomo.

"Adalah lebih baik sekiranya Papagomo menyerah diri daripada ditahan pihak polis," kata Khalid kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Plaza Low Yat pada Isnin.

Papagomo dikatakan memuat naik sekeping gambar mangsa berlumurah darah dalam kejadian rompakan di Shah Alam dan mengaitkannya dengan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Satu maklum balas berhubung gambar tersebut memberitahu Papagomo bahawa mangsa tersebut adalah saudaranya dan insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan insiden di Plaza Low Yat.

Seramai 19 orang direman bagi membantu siasatan terhadap kekecohan yang berlaku pada Ahad.

Khalid berkata, polis turut menjejaki individu lain yang dipercayai terlibat menyebarkan berita palsu. 

Artikel Lain