suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenderaan Berat Tidak Dibenarkan Masuk Kelantan Bermula Selasa

KOTA BAHARU: Kenderaan berat tidak dibenarkan memasuki negeri ini bermula Selasa hingga 21 Julai, bagi mengelak kesesakan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pengurusan) Adnan Hussin berkata kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan kenderaan berat memasuki Kelantan bagi membantu mengatasi kesesakan lalu lintas di negeri itu.

"Pihak berkuasa Negeri Kelantan melalui Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali ke 14/15 yang bersidang pada 8 Julai membuat keputusan dan bersetuju untuk tidak membenarkan semua kenderaan berat memasuki negeri ini, tiga hari sebelum dan tiga hari selepas sambutan Aidilfitri," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut mewartakan perintah larangan pemanduan kenderaan bermotor dengan kelajuan lebih daripada 70 kilometer sejam di seluruh jalan di negeri ini bermula 10 hingga 25 Julai ini.

Kelantan, Aidilfitri

Artikel Lain