Kekecohan Di Plaza Low Yat Tiada Kaitan Isu Perkauman - Semasa | mStar

Kekecohan Di Plaza Low Yat Tiada Kaitan Isu Perkauman

PETALING JAYA: Kejadian huru-hara yang berlaku di Plaza Low Yat pada Sabtu lalu tiada kaitan dengan isu perkauman sebaliknya ia membabitkan kejadian mencuri, demikian kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, insiden itu menjadi tidak terkawal apabila tujuh individu lain muncul untuk membalas dendam terhadap pembantu kedai yang menangkap individu didakwa mencuri.

"Ia tiada kaitan dengan sentimen perkauman. Ia adalah antara pelanggan dan pembantu kedai," katanya sambil menambah bahawa orang ramai tidak perlu menyebarkan khabar angin.

Zainuddin berkata seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai di kalangan tujuh orang yang terlibat telah ditahan.

Video kejadian huru-hara itu menjadi viral di laman sosial.

Insiden pada pukul 7.50 malam itu berlaku di sebuah beli-belah popular dengan penjualan gajet dan alatan teknologi.

Terdahulu, pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menangkap individu yang disyaki mencuri di sebuah kedai telefon bimbit.

"Dia marah dan memanggil orang lain pergi ke kedai itu," kata Zainuddin kepada pemberita.

Kehadiran kumpulan itu kemudiannya bertindak memecahkan panel kaca serta merosakkan telefon dan produk elektronik lain yang dianggarkan bernilai RM70,000.

Plaza Low Yat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain