suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Sepupu Maut Kemalangan

KUALA LUMPUR: Dua orang sepupu maut setelah kereta yang mereka naiki terbabas di Jalan Syed Putra menghala ke Mid Valley awal pagi Ahad.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Mohd Zulkarnain Nasir, 19, dan Nazrul Tanang, 39, yang dalam perjalanan pulang ke Klang, meninggal dunia setelah kereta yang dipandu Mohd Zulkarnian hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok sebelum terbalik.

"Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit di tempat duduk," katanya pada Ahad.

Beliau berkata mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 3.45 pagi, dan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah serta Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikerah ke lokasi kejadian.

Mid Valley, Sepupu

Artikel Berikut

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia