suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Rempuh Rumah Kedai

GEORGE TOWN: Sebuah bas henti-henti yang hilang kawalan di Jalan Masjid Kapitan Keling merempuh rumah kedai dua tingkat berhampiran Masjid Kapitan Keling, di sini, pada Sabtu malam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 malam itu, bas terbabit dikatakan terbabas sebelum merempuh tiang hadapan rumah berkenaan.

Jurucakap polis berkata siasatan awal mendapati dua daripada empat penumpang bas yang cedera ringan, telah dihantar ke hospital.


"Pemandu bas itu juga mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital," katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk mengenal pasti punca kemalangan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian diminta untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.

Artikel Berikut

Artikel Lain