suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPNB Sasar Bina 15,000 Lagi Rumah Aspirasi Rakyat Seluruh Negara

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina baki 15,000 lagi Rumah Aspirasi Rakyat (RAR) di seluruh negara tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Aspirasi, Datuk Ahmad Azizi Ali.

Katanya, SPNB telah memeterai perjanjian dengan beberapa rakan kongsi dan pihak pemaju bagi merealisasikan pembinaan tersebut bagi memenuhi sasaran pembinaan keseluruhan RAR tahun ini sebanyak 20,000 unit.

Beliau berkata setakat kini 5,000 unit RAR sedang dibina di beberapa negeri antaranya Johor, Selangor, Kedah dan Perak.

"Pembangunan setakat ini (5,000 unit) adalah pada 50 hingga 70 peratus dan dijangka siap tahun depan," katanya pada sidang media selepas mengagihkan bubur lambuk di ibu pejabat SPNB di sini.

Menurut Ahmad Azizi, rumah-rumah itu adalah produk utama SPNB dan projek tersebut paling penting menyasarkan golongan muda berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah sendiri pada harga lebih murah dari harga pasaran.

Namun harga rumah berkenaan sedikit berubah mengikuti lokasi.

"Aspek kualiti tetap menjadi keutamaan pihak kami. Kita (SPNB) akan bina lebih banyak rumah mampu milik pada masa hadapan bagi memenuhi keperluan dan permintaan," katanya.

Kira-kira 1,400 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai pada majlis itu yang julung kali diadakan sempena Ramadan.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Lain