Penjual Mercun Dipenjara Tiga Hari - Semasa | mStar

Penjual Mercun Dipenjara Tiga Hari

KUALA LUMPUR: Akibat menjual pelbagai jenis mercun berbahaya untuk pendapatan sampingan, seorang penasihat jualan syarikat automobil dipenjara tiga hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu terhadap Aizuddin Ahmad, 33, selepas dia mengaku bersalah memiliki 17 jenis bahan letupan yang digunakan untuk tujuan tidak sah di sini undang-undang di Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Chow Kit di sini pada 9.30 malam, 29 Jun lepas.

Aizuddin didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap 29 Jun lepas atau dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, membayar denda itu.

Menurut fakta kes, polis menangkap tertuduh dan merampas mercun berkenaan selepas melakukan pemerhatian 15 minit ke atasnya ketika berurusan dengan orang ramai dengan mendapatinya tiada permit untuk menjual dan menyimpan bahan letupan itu.

Ketika rayuan, tertuduh memohon hukuman denda kerana dia perlu menanggung keluarga termasuk menyara dua daripada empat anaknya yang masih bersekolah, namun Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak bagaimanapun memohon hukuman setimpal kerana ia melibatkan jualan bahan letupan yang membahayakan.

Mercun , Mahkamah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain