suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar 15 Tahun Mangsa Pertama Mercun Di Kelantan

KOTA BAHARU: Seorang pelajar berumur 15 tahun dipercayai menjadi mangsa pertama bermain mercun di Kelantan sempena sambutan hari raya tahun ini.

Empat jari Muhammad Rizaimie Zamri hancur terkena mercun buatan sendiri di di Kampung Kubang Palas, Wakaf Baharu, Tumpat pada Selasa malam.

Dia kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Ibunya Che Rosmaini Che Sulaiman, 38, berkata kejadian berlaku selepas anaknya keluar rumah selepas berbuka puasa kira-kira pukul 8 malam.

"Tidak lama kemudian saya mendengar bunyi dentuman kuat. Pada mulanya saya tidak menyangka bunyi itu adalah bunyi mercun yang anak saya main bersama kawan-kawannya.

"Saya kemudiannya bergegas keluar rumah dan mendapati anak saya sudah dibawa abang saya dengan kereta ke hospital," katanya kepada pemberita ketika melawat anaknya di hospital.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Ab Aziz Abdullah berkata mangsa tidak dapat menulis yang menyukarkan pembelajarannya.

Mercun, Kelantan

Artikel Lain