Penelitian Secara Holistik Perlu Untuk Selesai Masalah Perumahan Polis

TAWAU: Penelitian secara holistik perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah perumahan polis, khususnya di kawasan luar bandar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr AhmadZahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu sangat penting untuk memastikan semua pegawai dan anggota polis menikmati kemudahan yang berkualiti dan sepatutnya.

"Semua pegawai dan anggota polis, sama ada di bandar atau di kawasan pendalaman berhak mendapat kemudahan yang sepatutnya. Oleh itu kita perlu membuat penelitian secara terperinci untuk memastikan perkara itu dapat dicapai," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pulau Sebatik, dekat sini. Ahad.

Pada masa sama beliau berkata, pada mesyuarat jemaah menteri minggu lepas,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peruntukan tambahan untuk membaik pulih rumah polis dan tentera.

"Walaupun kerajaan telah memberi peruntukan yang sangat besar untuk membaik pulih rumah polis dan tentera, iaitu sebanyak RM100 juta pada tahun ini, namun peruntukan itu didapati tidak mencukupi bagi membaik pulih dan jauh sekali untuk mempertingkatkan kemudahan sedia ada.

"Oleh itu kita sangat berterima kasih kepada kerajaan, terutamanya kepada perdana menteri yang telah memberi peruntukan tambahan untuk membaik pulih rumah kediaman Polis Diraja Malaysia dan tentera," kata Ahmad Zahid.

Mengulas mengenai lawatannya hari ini, beliau berkata ia bertujuan untuk meninjau kemudahan balai termasuk rumah kediaman polis di kawasan pendalaman.

"Kita telah meninjau beberapa kemudahan balai polis di kawasan ini (Pulau Sebatik) dan kita mendapati ada kemudahan balai yang tidak berada pada tahap yang sepatutnya.

"Kita mendapati spesifikasi pembinaan kemudahan berkenaan tidak mengikut tahap yang seharusnya dan ada kemungkinan ia dipengaruhi oleh faktor kos pengangkutan, namun ia tidak seharusnya terjadi," katanya.

Ahmad Zahid berkata masalah ini perlu diatasi dan kerajaan tidak akan berkompromi tentang perkara itu kerana mahu memastikan semua anggota dan pegawai polis mendapat kemudahan yang sebaiknya.

Polis, KDN

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain