suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ops Noda: Polis Tahan 22 GRO

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Op Noda di sebuah premis hiburan di Cheras, awal pagi Ahad.

Ketua operasi DSP Shokri Abdullah berkata kesemua wanita berumur antara 23 dan 28 tahun yang ditahan itu merupakan warga China.

"Polis turut menahan seorang lelaki dan dua wanita tempatan disyaki bertindak sebagai pengurus premis berkenaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Ahad.

Shokri berkata hasil pemeriksaan mendapati premis itu mempunyai lesen perniagaan yang sah dan akan tamat tempoh pada 31 Dis ini.

Bagaimanapun, premis itu didapati menyediakan perkhidmatan GRO warga asing tanpa permit yang disyaki untuk kegiatan pelacuran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 55 (b) Akta Imigresen 1963 serta Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Shokri berkata operasi ini disertai oleh tiga pegawai dan 15 anggota dari Skuad Taktikal Tiga Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman dan dibantu oleh anggota pasukan Bahagian Kongi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

GRO, Ops Noda

Artikel Lain