suria

Rebut Kawasan Angkut Bauksit, Pemandu Lori Ditetak

KUANTAN: Seorang pemandu lori cedera dibelasah tujuh pemandu lori lain kerana dipercayai berebut kawasan mengangkut bauksit di Felda Bukit Goh di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata mangsa dilapor dipukul dengan parang, besi dan kayu dalam kejadian pukul 4.30 petang itu.

"Mangsa dituduh telah melanggar kawasan mengambil bauksit dan tidak sempat mempertahankan dirinya apabila terus diserang sehingga tidak sedarkan diri," katanya.

Beliau berkata beberapa pekerja lombong yang kebetulan melalui kawasan itu membantu mangsa sebelum membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk menerima rawatan.

Mangsa yang berusia 42 tahun dan tinggal di Beserah disahkan mengalami keretakan tulang lengan, lebam dan menerima lebih 20 jahitan di kepala akibat terkena tetakkan.

Abdul Aziz berkata seorang suspek yang berusia 36 tahun dari Kampung Bukit Goh ditahan malam tadi sementara usaha memburu suspek yang lain sedang dijalankan.

Bauksit, Felda, Tetak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain