suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berlumba Tak Kena Tempat

Gambar Hiasan.
ALOR SETAR: Ketika orang lain berlumba-lumba menunaikan solat tarawih, tetapi sekumpulan remaja di Kubang Pasu pula giat berlumba haram.

Inilah yang berlaku di Kampung Melele, Jalan Jitra- Kodiang Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, pihaknya  mengeluarkan 18 saman dengan 257 kesalahan terhadap para remaja terbabit.

Beliau berkata dalam operasi membanters kegiatan lumba haram kira-kira 9 malam itu, 17 remaja telah diperiksa dan 15 buah motosikal turut disita.

Mereka dibebaskan kemudiannya.

"Kita terima maklumat dari penduduk sekitar bahawa sekumpulan remaja asyik berlumba ketika orang sedang solat tarawih sehingga mengganggu ketenteraman," katanya.-- Bernama


tarawih, Kampung Melele, Jitra, lumba

Artikel Lain