Lahad Datu Perlu Sedia Hadapi Kemungkinan Gempa Bumi - Jabatan Meteorologi - Semasa | mStar

Lahad Datu Perlu Sedia Hadapi Kemungkinan Gempa Bumi - Jabatan Meteorologi

Ewon Ebin yang juga Anggota Parlimen Ranau meninjau tanah runtuh akibat banjir kilat di Kampung Mesilau minggu lalu. Foto BERNAMA

RANAU: Daerah Lahad Datu di pantai timur Sabah perlu bersedia bersedia dengan kemungkinan dilanda gempa bumi, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail.

Beliau berkata, gempa bumi besar yang terakhir di Lahad Datu berlaku pada 1976 dengan berukuran 5.8 magnitud, katanya dalam satu taklimat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin di sini.

"Ia merupakan keadaan yang membimbangkan dan kita perlu bersedia terhadap sebarang kemungkinan," katanya.

Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Felix Tongkul mencadangkan supaya alat pemantauan gelombang seismos yang sama dipasang di puncak Gunung Kinababalu turut disediakan di Lahad Datu.

Beliau berkata, alat yang sensitif itu dapat membolehkan pakar geologi memantau aktiviti gelombang seismos di "kawasan panas" seperti Kundasang, Ranau, Gunung  Kinabalu dan Lahad Datu.

Menurutnya, pakar geologi boleh menasihatkan tentang pemindahan bagi lokasi yang berhadapan dengan gegaran atau gempa bumi.

Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu dan 18 pendaki dan malim gunung maut akibat kejadian itu.

Gempa bumi itu turut mengakibatkan hakisan di kaki gunung yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Mesilou dan Kiau kira-kira seminggu selepas itu.

Gempa bumi besar terakhir di Ranau berlaku pada 1991 tetapi hanya merosakkan struktur bangunan bertingkat di sini.

gempa bumi , Ranau , Jabatan Meteorologi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain