suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Singapore Airlines Mendarat Cemas Di KLIA

PUTRAJAYA: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) 425 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang dipercayai mengalami masalah teknikal.

Jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pesawat jenis Boeing 777-200 yang berlepas dari Mumbai, India pada 8.44 pagi dan dijangka tiba di Singapura pada 4.44 petang, melakukan pendaratan cemas di KLIA pada 4.05 petang Ahad.   

"Pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan. -- BERNAMA

Singapore Airlines, KLIA

Artikel Lain