suria

Krisis MIC: Palanivel Salahkan PM Atas Pemilihan Baharu Parti

Palanivel (berkemeja putih, tengah) mengangkat tangan kepada penyokong-penyokongnya di PWTC pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel menegur Perdana Menteri yang 'terlibat' dalam krisis dalaman parti sekaligus terpaksa untuk mengadakan pemilihan baharu.

Palanivel memberitahu kepada beribu-ribu penyokongnya dalam perhimpunan khas pada Sabtu, penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional telah memberi tekanan kepada MIC untuk menolak keputusan pilihan raya 2013.

"Ia adalah kesilapan Perdana Menteri kerana dia bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula," kata Palanivel di Pusat Trace Wolrd Putra (PWTC).

Beliau berkata sejak itu, pihaknya cuba membawa kes ini ke mahkamah untuk mencabar arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi menghalang pemilihan semula.

"ROS tidak perlu terlibat dalam hal-hal parti kita.

"Ini adalah peraturan dan perlembagaan kita. Mereka tidak boleh terlibat,"katanya.

Mahkamah Tinggi pada 16 Jun menolak dua permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Palanivel dan lain-lain yang berkaitan dengan arahan ROS untuk mengadakan pemilihan baharu parti.

Ia mengekalkan keputusan ROS bagi parti untuk mengadakan pilihan raya semula di semua peringkat (cawangan dan bahagian) termasuk jawatan presiden.

Palanivel berkata parti itu akan mengadakan pilihan raya cawangannya bermula Ogos dan menyeru sokongan semua ahli di 300 cawangan agar menyokongnya sebagai pemimpin mereka.

Beliau berkata dengan sokongan mereka dan orang-orang dari Jawatankuasa Pusat, 'mereka perlahan-lahan akan memusnahkan puak saingan'.

"Mari kita mula berkempen terhadap ROS dan semua orang-orang yang berdiri menentang kita. Marilah kita menuntut semula apa hak milik MIC," katanya.

Palanivel turut disenaraikan dalam pemilihan semula dan tempatkan akan digantikan oleh setiausaha agungnya, S.Sothinathan dan naib presiden Datuk S. Balakrishnan buat sementara waktu. 

Palanivel, MIC, Pemilihan semula

Artikel Berikut

Artikel Lain