suria

Tiada Asas Bubar DUN Selangor - Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menyampaikan bubur lambuk dan buah kurma kepada orang ramai sempena Ramadan 2015 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Khamis.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata tidak ada asas untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan krisis dalam pakatan pembangkang.

Selain itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak mengheret istana Selangor dalam krisis politik Pakatan Rakyat berikutan terputusnya hubungan kerjasama antara DAP dan PAS.

"Jangan heret institusi raja dalam krisis politik," kepadanya kepada pemberita selepas menyampaikan bubur lambuk dan buah kurma kepada umat Islam sempena Ramadan di sebuah masjid di sini, Khamis.

Sebelum ini, Azmin berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR berikutan tindakan DAP mengisytiharkan pakatan pembangkang sudah 'berakhir' di peringkat pusat.-- Bernama


Azmin Ali, DUN Selangor

Artikel Lain