suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cadang Tubuh NGO Bebas & Bela Kesederhanaan - Saifuddin

Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu yang berperanan sebagai badan bebas dan menerapkan aspek kesederhanaan adalah antara intipati perbincangan bersama Datuk Nazir Tun Razak baru-baru ini, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu berkata, peranan NGO yang disarankan itu juga berbeza dengan objektif GMM yang berada dibawah pemantauan kerajaan.

"Peranan NGO baharu itu tidak bertindih dan sangat berbeza dengan GMM kerana ia badan bebas, manakala GMM bertindak dibawah pengawasan dan nasihat kerajaan.

"Malahan, NGO itu juga akan mengutarakan pandangannya sendiri," jelasnya pada sidang media selepas sesi perbincangan Meja Bulat Di Bawah 40 dan Rancangan Malaysia Kesebelas, di sini, Khamis.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang cadangan penubuhan NGO berkenaan oleh adik Perdana Menteri yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB.

Tambahnya, NGO yang bakal ditubuhkan itu bermatlamat mencari kesederhanaan dalam sosio ekonomi politik yang berlaku di negara ini.

Bagaimanapun, katanya ia masih diperingkat perbincangan.

"Setakat ini apa yang saya boleh katakan ia masih diperingkat perancangan dan kami berharap ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Kita masih berbincang dengan beberapa ahli lain seperti yang Nazir beritahu dalam kenyataannya." ujarnya.

Terdahulu pada Rabu, Nazir menafikan dakwaan bercadang menubuhkan parti politik baharu sebaliknya memberitahu telah mengadakan perbincangan untuk penubuhan sebuah NGO yang membela kesederhanaan. 


Saifuddin Abdullah, GMM, Nazir Razak, NGO

Artikel Lain