suria

Kereta Adun Damansara Utama Dipecah, Komputer Dicuri

PETALING JAYA: Komputer riba dan barangan peribadi milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin dicuri selepas tingkap keretanya dipecahkan pada Selasa lalu.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika membuat satu lawatan di Taman Mayang di sini.

Yeo berkata, beliau, pembantunya dan seorang pelatih meninggalkan komputer riba dan barangan peribadi mereka di dlaam kereta Toyota Camry pada kira-kira pukul 11.45 pagi Selasa.

Beliau mendapati tingkap keretanya dipecahkan dan barangan terbabit hilang selepas kembali setengah jam kemudian.

"Saya meletakkan kereta di depan taman yang kami lawat. Kereta itu hanya kurang dari 20 meter dan saya tidak mendengar sebarang bunyi (pecah)," katanya sambil menambah bahawa komputer ribanya mengandungi bahan-bahan dan laporan berkaitan kerja. 

Beliau yang merupakan Strategis Media Sosial DAP berkata, barangan miliknya merupakan barang yang diambil tetapi tidak merasakan menjadi sasaran dalam insiden itu.

Sebaliknya, beliau meminta supaya lebih banyak polis membuat rondaan di kawasan itu.

"Banyak berlaku kes seperti ini. Ia bukan satu masalah yang perlu dikecualikan. Kita telah menjalankan kaji selidik masyarakat terhadap 500 orang dan kira-kira 70 peratus berpendapt bahawa kejadian jenayah semakin membimbangkan.

"Kebanyakan mereka berkata, lebih banyak rondaan pihak polis akan membantu mengurangkan aktiviti jenayah.

"Masalahnya ialah tidak cukup anggota polis, iaitu seorang anggota untuk setiap 500 penduduk, di mana nisbah sepatutnya ialah seorang untuk setiap 250 penduduk," katanya kepada The Star.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Fadil Marsus berkata, polis telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai insiden dan sedang menjejaki suspek.

Yeo Bee Yin

Artikel Lain