suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaunter PPZ-Maiwp Dibuka Setiap Hari Sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR: Sepanjang Ramadan 1436H ini, kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-Maiwp) akan beroperasi tujuh hari seminggu, termasuk cuti umum.

Kaunter PPZ-Maiwp terletak di Taman Shamelin Perkasa Cheras, Masjid Negara, Wangsa Maju Seksyen 5, Putrajaya Presint 9, Putrajaya Presint 15 Diplomatik, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr.Ismail,Daruzzakah Lorong Haji Hussein 2, Masjid Al-Imam Al-Ghazali Kepong, Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong, UTCKL Pudu Sentral dan Labuan Times Square.

Kaunter-kaunter ini akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang manakala kaunter PPZ-Maiwp di UTCKL Pudu Sentral akan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Segala taksiran atau pertanyaan boleh dibuat melalui Talian Zakat 1-300-88-5757.

Pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat seperti zakat pendapatan, zakat KWSP, zakat perniagaan, zakat saham, zakat wang simpanan dan zakat emas, dan fitrah sebanyak RM7.00 seorang.



PPZ-Maiwp, zakat, Ramadan

Artikel Lain