suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Amuk Guna Pedang

MELAKA: Polis Melaka semalam menahan seorang lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai di sebuah stesen minyak di Semabok di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supt Razali Bakar berkata, penganggur berusia 32 tahun itu mengamuk pada Isnin lepas dipercayai mahu mencari seseorang dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi.

Beliau berkata lelaki berasal dari Merlimau, Jasin dekat sini meninggalkan stesen minyak tersebut beberapa minit kemudian tanpa mencederakan sesiapa dan ditahan polis di sebuah rumah di Sungai Rambai, Jasin kira-kira 3.30 pagi Selasa.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu positif dadah methamphetamine dan mempunyai rekod lampau dadah. Motif suspek mengamuk dan dari mana pedang berkenan diperolehi masih disiasat," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Beliau berkata polis turut merampas pedang samurai sepanjang kira-kira tiga kaki; sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian amuk berkenaan; dan sebuah kereta yang dilaporkan hilang pada Isnin lepas.

Katanya lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan ugutan jenayah. 

Ramadan, Lelaki, Amuk

Artikel Lain