suria

Seorang Lagi Ahli Majlis PAS Letak Jawatan Di Pulau Pinang

Dahalan Fazil
GEORGE TOWN: Seorang lagi Ahli Majlis PAS meletak jawatan berikutan keputusan parti itu di muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Prai ( MPSP ) Dahalan Fazil menyerahkan peletakan jawatannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Chow Kon Yeow di Komtar pada Selasa .

Terdahulu pada Selasa, ahli PAS Mohd Nasir Yahya , 62, melepaskan jawatan di Majlis Bandaraya Pulau Pinang ( MBPP ) .

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, bekas Ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Rosidi Hussain juga telah meletakkan jawatan mereka di Pulau Pinang.

Dua ahli majlis PAS yang lain, Yacoob Omar ( MBPP ) dan Omar Hassan ( MPSP ), tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Ahli Majlis, PAS

Artikel Lain