suria

Thailand Serah Suspek Dalang Penyeludupan Kepada Malaysia

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa Thai telah menyerahkan beberapa orang dipercayai suspek utama di sebalik sindiket penyeludupan manusia secara besar-besaran ke Malaysia.

Bagaimanapun, individu paling berpengaruh yang dikenali sebagai Yassin, masih bebas .

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa Thai telah mengesan Yassin.

"Dia melarikan diri ke Thailand. Dengan kerjasama rakan-rakan kami di negara ini, kami akan membawa Yassin ke Malaysia dan mendakwanya," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Perancis ke Malaysia Christophe Penot Isnin.

Timbalan Pengerusi Rohingye Kedah di Malaysia Yusof Ali berkata Yassin adalah ejen yang bertanggungjawab untuk "membeli" Rohingya dan pendatang Bangladesh daripada sindiket yang beroperasi di selatan Thailand.

Beliau berkata, pekerja asing tersebut disimpan secara sementara di kem transit di Wang Kelian sebelum mereka "dijual".

Yassin, seorang Rohingya berusia 30-an itu tinggal di selatan Thailand, atau sudah kembali ke Myanmar selepas perkara ini terbongkar bulan lalu," ujarnya.

Dr Ahmad Zahid berkata mereka yang diserahkan kepada polis Malaysia masih dalam proses untuk disoal-siasat.

"Apabila siap, kami akan menyerahkan kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya, yang enggan mendedahkan jumlah suspek.

Kemudian, selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dr Ahmad Zahid berkata, polis telah mengenal pasti lebih daripada tiga dalang yang bertanggungjawab terhadap penyeludupan manusia yang melibatkan Malaysia dan beberapa negara, termasuk Thailand dan Myanmar.

"Saya yakin bahawa terdapat lebih daripada tiga daripada mereka. Kami percaya ada antara mereka yang lari dari negara itu, manakala ada yang masih di sini," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kem penyeludupan manusia ditemui di Malaysia adalah kem sementara, manakala yang terdapat di sebelah Thailand adalah kem separa kekal.

"Jika pihak berkuasa Thailand memburu mereka, maka pendatang haram akan lari ke pihak Malaysia melalui laluan rahsia.

"Apabila keadaan kembali tenang, mereka akan kembali semula ke Thailand," katanya.
Dalang penyeludupan

Artikel Lain