suria

Masyarakat Perlu Bekerjasama, Bukan Tuding Jari - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid memeriksa pembarisan kawalan kehormat setibanya ke Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur untuk lawatan kerja, Isnin.

KUALA LUMPUR: Masyarakat negara ini perlu memberi kerjasama sepenuhnya terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), bukan menuding jari terhadap pasukan keselamatan itu dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan menyalahkan pihak polis dan bergantung sepenuhnya kepada pasukan itu tidak sepatutnya berlaku.

"Amat sukar untuk mencapai kadar sifar jenayah di negara ini sekiranya masyarakat masih memberi persepsi buruk terhadap pihak polis.

"Malah mereka (masyarakat) seharusnya memberi kerjasama terhadap PDRM bagi  membanteras serta mengurangkan 100 peratus kadar jenayah supaya dapat menjamin keselamatan dan keamanan negara," katanya ketika ditemui pada sidang media Majlis Lawatan Kerja KDN di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) di sini, pada Isnin.

Menjelaskan lebih lanjut, Ahmad Zahid turut memberitahu bahawa kajian dilakukan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat.

"Kajian dengan kerjasama Jabatan Polis New York (NYPD) telah dijalankan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

"Ia didapati berkesan apabila peratus indeks jenayah berjaya dikurangkan kepada 50 peratus di ibu negara," jelasnya. 



Ahmad Zahid Hamidi, jenayah, polis

Artikel Lain