suria

Bogel: Video Pelancong British Mohon Maaf Berkelakuan 'Bodoh'

LONDON: Pelancong wanita warga Britain yang dihantar pulang dari Malaysia selepas mengaku bersalah berbogel di puncak Gunung Kinabalu tampil memohon maaf diatas kelakuannya itu.

Eleanor Hawkins,23, antara salah seorang daripada empat pelancong dari Eropah Barat terbang ke Kuala Lumpur pada Sabtu untuk pulang ke negaranya selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkelakuan lucah.

"Saya sedar sudah berkelakuan bodoh dan tahu kesilapan itu telah memberi kesan kepada penduduk di Sabah. Untuk itu, saya sesungguhnya memohon maaf," jelas Hawkins di luar kediamannya di Draycott, England.

Dia tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London awal pagi Ahad.

Ibunya, Ruth berkata: "Dia sedar apa yang dilakukan itu adalah salah dan tidak menghormati dan...dia telah sewajarnya dan adil dihakimi oleh pihak berkuasa Malaysia dan menjalani hukuman sepenuhnya."

Keempat-empat mereka ditahan awal minggu ini ketika kejadian gempa bumi berlaku di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Jun lalu yang menyebabkan kematian 18 orang.

Pada Jumaat, mereka mengaku bersalah dan didenda RM5,000 serta hukuman penjara tiga hari oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu bermula tarikh penahanan pada Selasa dan bermakna mereka telah selesai menjalani hukuman tersebut.-AFP

Artikel Lain