suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CUEPACS Harap Najib Umum Kenaikan Gaji Rabu Ini

Azih Muda

ALOR SETAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap gaji minimum penjawat awam RM1,200 sebulan antara yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Himpunan Penjawat Awam dijadual Rabu ini.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata ini kerana kenaikan gaji itu dari RM900 kepada RM1,200 sebulan mampu meringankan penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Sudah tentu penjawat awam tertunggu-tunggu kenaikan gaji mereka. Mereka harap Najib akan umumkan sesuatu yang menggembirakan mereka dalam menyambut Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata selain itu Cuepacs turut meminta elaun rumah penjawat awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan memandangkan sewa rumah agak tinggi pada masa ini.

Katanya ada kalangan penjawat awam menerima elaun rumah pada kadar RM180 sebulan sedangkan kadar sewa rumah paling rendah lebih RM300 sebulan.

"Kerajaan perlu selaraskan elaun tersebut agar ia tidak membebankan penjawat awam yang sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib,"katanya.

Artikel Lain