suria

Sukar Kenal Pasti Pelancong Bogel

KOTA KINABALU: Polis menghadapi kesukaran mengenal pasti enam lagi pendaki warga asing yang berbogel di atas Gunung Kinabalu berikutan tiada maklumat lengkap mengenai pengenalan mereka didaftarkan di Taman Sabah sebelum memulakan pendakian.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman bagaimanapun berkata pihaknya berjaya mengenal pasti lima daripada daripada 10 kumpulan warga asing yang berbogel di atas Gunung Kinabalu itu.

Daripada 10 suspek yang dilihat di dalam gambar yang disebarkan dalam media sosial itu, hanya lima mempunyai butiran peribadi lengkap.

"Kami menggesa Taman Sabah untuk mengambil perhatian terhadap perkara itu dan menjadikan satu kemestian kepada pendaki untuk memberikan butiran kad pengenalan atau pasport mereka," katanya.

Jalaluddin turut menasihatkan malim gunung dan kakitangan Taman Sabah supaya melaporkan dengan segera sebarang kejadian atau tindakan yang melanggari undang-undang.

Empat daripada mereka yang dikenal pasti - dua pasangan adik beradik Kanada, seorang wanita British dan seorang lelaki Belanda.

Mereka ditahan reman sehingga Sabtu.

Pasangan adik-beradik Lindsey Petersen, 22, dan Danielle, 23, bersama-sama dengan warga Belanda, Dylan Snel, 23, menyerah diri di Balai Polis Karamunsing di sini manakala rakyat Britain, Eleanor Hawkins ditahan di lapangan terbang Tawau.

"Kami mahu menyiapkan siasatan secepat mungkin dan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," kata Jalaluddin pada Khamis.

Gempa Bumi, Pelancong Bogel

Artikel Sebelum

Artikel Lain