suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nazir Razak Persoal Kelewatan Audit Tahunan 1MDB

Nazir Razak.

PETALING JAYA: Kelewatan proses audit terhadap syarikat pelaburan milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berakhir Mac tahun ini 'membingungkan' pengerusi CIMB, Nazir Tun Razak.

"Saya hairan mengapa audit Mac 2015 belum bermula? Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan? Adakah standard tadbir urus GLC jatuh begitu rendah?" Nazir berkata demikian menerusi akaun Instargram pada Khamis malam.

Posting Nazir itu turut disertakan dengan logo 1MDB.

Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed mendedahkan bahawa akaun tahun kewangan 1MDB yang berakhir pada Mac tahun ini masih belum diaudit.

Nazir, yang juga adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini turut pernah mengkritik 1MDB.

Ia berikutan kegagalan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy 1MDB dan juga bekas CEO, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi kerana tidak menghadiri siasatan PAC.

1MDB, Nazir Razak

Artikel Sebelum

Artikel Lain