Polis Terima Laporan Runtuhan Batu Di Gunung Kinabalu - Semasa | mStar

Polis Terima Laporan Runtuhan Batu Di Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai runtuhan batu dari kaki Gunung Kinabalu di Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud pada Rabu.

Beliau berkata batu dan tanah dilapor menggelongsor kira-kira pukul 1 tengah hari di sebelah timur Kota Belud yang turut menjejaskan beberapa buah rumah penduduk kampung.

"Kita akan pantau keadaan, sekiranya membahayakan, kita akan nasihatkan penduduk supaya berpindah," katanya.

Penduduk dilapor dikejutkan dengan dentuman kuat seperti guruh yang tidak henti-henti selama hampir sejam dari arah lereng Gunung Kinabalu yang menyebabkan mereka meninggalkan rumah masing-masing.

Sementara itu Jalaluddin berkata seramai 217 penghuni di kediaman kediaman polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau yang terjejas dengan gempa bumi pada Jumaat lalu kini ditempatkan di kawasan selamat.

Katanya pihaknya turut meminta Jabatan Kerja Raya supaya menjalankan pemeriksaan di IPD Ranau, Kota Belud, Tuaran dan Tamparuli bagi memastikan tahap keselamatan kawasan dan bangunan berkenaan.

Gunung Kinabalu

Artikel Sebelum

Siasatan Terhadap 1MDB Selesai - KDN

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM