suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Cuba Selesaikan Kes Pelancong Bogel Sehingga Jumaat

KOTA KINABALU: Polis cuba menyelesaikan siasatan berhubung insiden sekumpulan pelancong berbogel di atas Gunung Kinabalu selewat-lewatnya pada Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata sehingga kini pihaknya menahan empat warga asing terdiri daripada dua adik-beradik rakyat Kanada, seorang lelaki Belanda dan seorang wanita Britain.

"Kami mahu menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan kemudian menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut ," katanya.

Selain itu Jalaluddin berkata, pihaknya hanya mengenal pasti lima daripada 10 suspek yang didakwa berbogel di atas Gunung Kinabalu kerana tiada maklumat lengkap didaftarkan sebelum kumpulan itu mendaki.

"Kami menggesa Taman Sabah untuk mengambil perhatian terhadap perkara ini dan menjadikan ia satu kemestian bagi para pendaki untuk memberikan butiran lengkap mereka mengikut kad pengenalan atau pasport pada masa akan datang," kata beliau.

Gunung Kinabalu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain