suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

80 Keluarga Hilang Tempat Tinggal Akibat Ribut

KINABATANGAN: Sebanyak 320 orang daripada 80 keluarga hilang tempat tinggal selepas perumahan pekerja Ladang Tung Hup di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata polis menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 2.20 petang.

Katanya hujan lebat dan angin kencang tersebut juga telah meranapkan bumbung tapak semaian kelapa sawit dan bangunan kilang di kawasan ladang tersebut.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan, katanya.

Beliau berkata mangsa terlibat menumpang di rumah jiran dan ditempatkan di rumah kosong berhampiran untuk sementara waktu.

ribut, Kinabatangan

Artikel Lain