suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk Bawa Cucu Antara 12 Ditahan Di Premis Nombor Ramalan

MELAKA: Seorang datuk yang membawa cucunya merupakan antara 12 lelaki ditahan dalam operasi cegah jenayah syariah di 18 premis jualan nombor ramalan di sini Rabu.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Rahimin Bani berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan bersama cucu perempuannya berusia setahun lebih setelah dipercayai membeli nombor ramalan di premis Jalan Tun Perak di sini.

"JAIM turut mengesan premis jualan nombor ramalan yang meletakkan papan tanda larangan penjualan di tempat tersembunyi, papan tanda itu sepatutnya diletakan di hadapan bagi memastikan orang ramai melihatnya," katanya kepada pemberita selepas tamat operasi berkenaan di sini Rabu.

Beliau berkata tiga lagi yang ditahan adalah warga Bangladesh berumur dalam lingkungan 20-an manakala lapan lagi merupakan lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 62 tahun.

Beliau berkata kesemua mereka diberikan notis untuk hadir ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berjudi dan sekiranya didapati bersalah mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

nombor ekor, datuk, ditahan

Artikel Lain