suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk Kampung Di Kaki Gunung Kinabalu Fobia

KUNDASANG: Kehidupan di kampung-kampung dan pekan sekitar di kaki Gunung Kinabalu secara perlahan-lahan kembali normal namun penduduknya masih diselubungi perasaan bimbang dan takut.

"Saya tidak akan melupakan saat saya merasai gegaran tanah. Malah sekarang pun saya masih merasainya apabila kenderaan melalui kawasan rumah saya," kata Jacky Mait seorang penduduk kampung Bundu Tuhan, iaitu sebuah perkampungan yang terletak betul-betul di bawah Gunung Kinabalu.

Kebimbangannya turut dikongsi oleh penduduk kampung yang berniaga di gerai-gerai tepi jalan Kundasang apabila merasai lebih daripada 50 gegaran gempa bumi sejak 5 Jun.

Mereka memberitahu cerita yang sama apabila mempunyai masa tidur yang kurang.

Malah ada antara mereka yang sudah bersiap sedia dengan air botol dan mi segera sebagai persediaan jika gempa bumi melanda sekali lagi.

"Kita takut gempar boleh jadi besar lagi," kata seorang penjual sayur-sayuran.

Gempa bumi yang melanda Sabah pada Jumaat lalu menggegarkan seluruh daerah Ranau hingga mengakibatkan kemusnahan teruk puncak Gunung Kinabalu dan menyebabkan kerosakan struktur bangunan, termasuk sekolah, hospital, balai polis, chalet dan masjid.

Gunung Kinabalu, Gempa Bumi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain