suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Serah Kepada Arab Saudi Pertimbang Kuota Jemaah Haji M'sia

Najib memperkatakan sesuatu kepada Putra Mahkota Arab Saudi, Mohammed Naif Al-Saud semasa mengadakan pertemuan di Istana As-Salam pada Ahad. Foto BERNAMA

JEDDAH: Malaysia menyerahkan kepada pertimbangan kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau tidak boleh membuat sebarang pengumuman berhubung soal tersebut kerana jumlah kuota jemaah yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi adalah mengikut tuntutan dan permohonan daripada negara-negara lain.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas kemudahan yang diberikan untuk jemaah menunaikan ibadah haji di Tanah Suci," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Raja Salman Abdulaziz al-Saud di Istana As-Salam di sini, Ahad.

Kuota jemaah haji Malaysia untuk musim haji 2015 kekal 22,230 orang. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengekalan kuota yang dilaksanakan sejak 2013 itu diputuskan kerajaan Arab Saudi berikutan kerja perluasan dan pembangunan Masjidil Haram di Makkah yang masih berjalan.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, beliau mewakili Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan jemputan kepada Raja Salman untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.

Beliau juga menjemput Putera Mahkota Mohammed bin Naif al-Saud untuk melawat Malaysia pada suatu masa yang sesuai.

Najib juga berkata selain itu, beliau juga menyatakan hasrat Malaysia untuk melihat lebih banyak pelancong termasuk pelajar dari Arab Saudi melawat Malaysia.

Petang Ahad, Najib berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah.

Sebelum itu, beliau meninjau stesen Mashaaer al-Mugaddasah (Laluan Selatan) projek Makkah Metro yang turut melibatkan syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Prasarana memenangi kontrak mengendali operasi dan penyelenggaraan fasa pertama sistem Pengangkutan Awam Makkah (Makkah Metro) itu.

Artikel Lain