suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Sabah: Operasi SAR Disambung Pagi Ahad

RANAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di kawasan Gunung Kinabalu susulan gempa bumi pada Jumaat, ditangguh pukul 6 petang Sabtu dan akan disambung semula 5.30 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kesemua 11 mayat yang dibawa turun pada Sabtu telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. 

"Operasi esok akan lebih tertumpu kepada pencarian enam lagi pendaki yang masih hilang," katanya kepada Bernama di pusat gerakan operasi di Taman Kinabalu, di sini Sabtu. 

Setakat ini, sejumlah 13 mayat mangsa telah ditemui, namun identiti mereka masih belum dikenal pasti. 

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat dengan gegaran turut dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.  -- BERNAMA

Gempa Sabah, Gunung Kinabalu

Artikel Lain