suria

Jenazah Isteri Ku Li Selamat Dikebumi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi Sabtu menziarahi jenazah isteri Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, yang meninggal dunia malam Jumaat di kediaman Tengku Razaleigh Jalan Langgak Golf. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, isteri bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pukul 12 tengah hari Sabtu.

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu kira-kira pukul 11.30 pagi diiringi Tengku Razaleigh, kaum keluarga dan sahabat handai.

Antara yang hadir di upacara pengebumian itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di kediaman Tengku Razaleigh di Jalan Langgak Golf, off Jalan Tun Razak pada kira-kira pukul 11 pagi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tiba di kediaman Tengku Razaleigh pada pukul 8.30 pagi untuk menziarahi jenazah Allahyarham dan berada kira-kira 10 minit di sana.

Allahyarham Noor Yvonne, 68, meninggal dunia akibat kanser darah di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya, malam tadi.

Artikel Lain