suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peletakan Jawatan Najib "Tidak Akan Selesai Masalah" - Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah

PETALING JAYA: Peletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri tidak dapat menyelamatkan Umno atau "menyelesaikan masalah", kata veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga meletak jawatan tetapi mereka juga "tidak menyelesaikan apa-apa."

Soal beliau, jika peletakan jawatan Najib boleh menyelesaikan masalah, maka Dr Mahathir juga berbuat demikian tetapi "ia tidak menyelesaikan sebarang masalah."

Beliau berkata, Abdullah yang mengambil alih daripada Dr Mahathir kemudiannya dilihat sebagai masalah dan beliau turut meletak jawatan.

"Lebih banyak masalah sekarang," kata Tengku Razaleigh pada sidang media pelancaran Malaysia Harmoni di sini, Sabtu.

Beliau berkata, masalah timbul apabila Umno sebagai parti berasaskan Melayu diheret dengan pelbagai isu hingga sukar menarik minat golongan muda.

Baru-baru ini, Dr Mahathir meminta Najib meletak jawatan isu syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Bhd.

Artikel Lain