Tiga Bot Pati Dikesan Di Pulau Jarak, Perak - Shahidan

KANGAR: Tiga bot dipercayai membawa pendatang tanpa izin dikesan berdekatan Pulau Jarak di Perak, semalam oleh helikopter yang  membuat pemantauan di sempadan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Berkata berkata, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah diberi maklum dan diarah menggerakkan aset ke lokasi berkenaan.

"Kita tahu bahawa lebih ramai akan datang dan kitaminta dan harap negara-negara yang cakap banyak ini menerimalah pendatang-pendatang tanpa izin atau pelarian ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Karnival Sukan Sekolah Teknik dan Vokasional di sini, Sabtu.

Sejak sebulan lepas, isu pendatang dipercayai dari Bangladesh dan etnik Rohingya dari Myanmar yang terdampar di dalam bot di perairan selat Langkawi dan Melaka menjadi perhatian dunia.

Sebanyak 1,158 daripada mereka dilaporkan telah mendarat secara haram di Langkawi pada 10 Mei lepas,sementara lebih 7,000 lagi dikatakan masih berada di laut dalam usaha mendarat di negara-negara berdekatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini turut mengarahkan TLDM dan APMM membantu Mercy Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada mereka ini sama ada melalui laut atau darat.

Sementara itu, Shahidan yang juga pengerusi Majlis Keselamatan Negara ketika ditanya mengenai jaminan Malaysia itu, berkata etnik Rohingya yang telah ditempatkan di depoh tahanan dalam negara tidak akan diusir dan akan dibenarkan tinggal dalam negara sekurang-kurangnya setahun sebelum dihantar ke tempat lain.

Minggu lepas, Thailand, Indonesia dan Malaysia telah mengumumkan hasrat untuk terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pendatang yang berada di laut.

Malaysia dan Indonesia juga menawarkan pelindungan sementara kepada pendatang yang terkandas dengan syarat proses penempatan dan penghantaran pulang akan dilakukan dalam masa setahun oleh masyarakat antarabangsa.

Rabu lepas,Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebanyak 1,369 pendatang di Depoh Tahanan Imigresen Belantik di sini akan dipindahkan ke empat depoh tahanan lain bagi menyediakan ruang lebih selesa kepada pelarian Rohingya yang baharu tiba.

Beliau berkata terdapat 12 Depoh Tahanan Imigresen di Semenanjung dan sekiranya perlu akan digunakan kesemua bagi menempatkan pelarian Rohingya.-- Bernama

Pati, Pulau Jarak, Shahidan Kassim

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain