suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angkasa Tidak Wajar Kenakan GST Terhadap Caj Potongan Yuran - NUTP

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendesak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) supaya tidak mengenakan Cukai Barang dan Perhidmatan (GST) ke atas caj perkhidmatan potongan yuran anggota kesatuan berkenaan.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng berkata, GST sepatutnya diserap oleh Angkasa memandangkan NUTP adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berasaskan keuntungan.

"Rasanya sudah memadai NUTP membayar caj perkhidmatan untuk setiap potongan yuran anggota melalui potongan gaji yang diuruskan Angkasa... tak perlulah dikenakan GST lagi ke atas perkhidmatan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini, Sabtu.

NUTP turut berharap kerajaan dapat meneliti perkara itu memandangkan kesatuan merupakan sebuah badan yang melindungi kebajikan hampir 200,000 anggota.

Selain itu, katanya Angkasa tidak wajar mengenakan GST terhadap caj perkhidmatan potongan gaji untuk anggota yang membeli insurans di bawah NUTP.

"Ini kerana syarikat insurans turut mengenakan GST terhadap pemegang insurans berdasarkan nilai premium dibeli," katanya sambil menyuarakan kekecewaan terhadap pihak Angkasa yang seolah mengelak untuk berbincang mengenai perkara tersebut.-- Bernama

Angkasa, NUTP, GST, Loke Yim Pheng

Artikel Lain