suria

Tindakan Siar Karikatur Hina Malaysia Tak Dapat Diterima

Datuk Seri Dr Wan Junaidi
KUCHING: Tindakan sebuah akhbar negara jiran yang  menyiarkan karikatur kartun menghina negara ini tidak dapat diterima, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata tindakan menghina pemimpin serta rakyat negara ini tidak seharusnya berlaku.

"Sebenarnya kalau kita lihat apa yang dijumpai di Bukit Wang Burma, Wang Kelian bukan bermula daripada negara kita kerana lokasi kem transit itu lebih mudah untuk dimasuki dari negara berkenaan.

"Saya melihat daripada semua indikasi yang dijumpai (di Bukit Wang Burma, Wang Kelian) semua ini bermula dari sana. Semua barang-barang yang kita jumpa di kem transit itu seperti makanan, bungkusan, kain, kotak, bahkan kotak peluru semuanya berasal dari negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Peruntukan kepada lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam kawasan Parlimen Santubong, di sini malam Jumaat.

Wan Junaidi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebuah akhbar negara jiran yang menyiarkan karikatur menunjukkan seorang pegawai polis negara ini sedang memegang penyodok di hadapan timbunan tengkorak.

Artikel Lain