suria

Pengendali Laman Lucah Didenda RM18,000

KUALA LUMPUR: Seorang pengendali laman web pornografi yang boleh diakses secara percuma di denda RM18,000 selepas didapati bersalah mengedar bahan lucah.

Asnizukacaras Saari, 36, mengaku bersalah kerana memuat naik bahan lucah ke laman web dikenali sebagai 'Blog Video Panas Yamani Salim'.

Asnizukacaras yang bekerja sebagai kerani akaun di Koperasi Perumahan Tentera melakukan kesalahan itu di tempat kerjanya di Jalan Wangsa Delima, di Setapak.

Menurut kenyataan fakta, satu serbuan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SPRM) menemui 2,590 imej dan 131 video lucah.

Pegawai Pendakwa dari suruhanjaya itu, Zairul Nahar Zakaria menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman keras dengan alasan bahawa blog ini mempengaruhi orang awam secara meluas.

Blog itu mempunyai 1,900 pengikut dan masih beroperasi.

Asnizukacaras merayu hukumannya diringankan dengan alasan kesalahan itu pertama kali dilakukan.

Bagaimanapu Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan berkata ia merupakan kesalahan yang serius dengan memetik kes yang sama di Alor Setar, Kedah di mana pesalah berkenaan dihukum penjara setahun dan denda RM5,000.

"Mahkamah mengambil perkara-perkara serius, sebagai bahan seperti itu boleh mempengaruhi orang awam," kata hakim.

Asnizukacaras Saari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain